Friday, January 7, 2011

antara belajar atau kerje..

8 comments
dah dua hari rasanya aku dh tak update blog.. semua ni sebab aku tgh penin memikirkan haluan hidup aku  nih..
baru-baru ni aku dpt tawaran intiu kerja kat syarikat TOP GLOVE kt meru..  aku baru pegi intiu semalam... aku rase mcm best sgt.. sebab ramai pekerja melayu kat situ...pastu aku mcm berminat kerje kat situ sebab mase intiu diorng klu aku dpt keje mcm planning n tak le keje susah sgt.. kira byk bermain dgn kecerdasan otak n kecekapan mental aku la..tp tak tau keputusan dpt ke tk jawatan tu...aku cume submit borng tulis kt situ aku ready nk keje 17hb..

tp masalahnya.. aku dpt offer sambung blaja kat unikl.. kos Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Tool And Die atau dlm bhse melayunya (Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Acuan Dan Perkakasan). Aku mcm seronok giler bile dpt tawaran sambung blaja..Tp  masalahnya aku kne wat pinjaman lg pastu aku takut tak mampu bwk... walaupon aku tau byk benda yg aku dh blaja mse kat poli dulu.. tp aku tetap takut tak mampu bwk... 

unikl suruh aku bank in yuran rm 245 sebelum 13hb... klu tak di anggap tak mohon...

mana satu aku nk buat nih...

bg korang yg mane patut aku pegi... 

I need help right now... 

aku betul2 dlm dilema...




Thursday, January 6, 2011

Rihanna - Don't Stop The Music

0 comments




Rihanna
Don't Stop The Music lyrics


Please don't stop the music (4x)


It's gettin' late
I'm making my way over to my favorite place
I gotta get my body moving shake the stress away
I wasn't looking for nobody when you looked my way
Possible candidate (yeah)
Who knew
That you'd be up in here lookin' like you do
You're makin' stayin' over here impossible
Baby I must say your aura is incredible
If you don't have to go don't


Do you know what you started
I just came here to party
But now we're rockin' on the dance floor
Acting naughty
Your hands around my waist
Just let the music play
We're hand in hand
Chest to chest
And now we're face to face


I wanna take you away
Lets escape into the music
DJ let it play
I just can't refuse it
Like the way you do this
Keep on rockin' to it
Please don't stop the
Please don't stop the music


I wanna take you away
Lets escape into the music
DJ let it play
I just can't refuse it
Like the way you do this
Keep on rockin' to it
Please don't stop the
Please don't stop the
Please don't stop the music


Baby are you ready cause its getting close
Don't you feel the passion ready to explode
What goes on between us no one has to know
This is a private show (oh)


Do you know what you started
I just came here to party
But now we're rockin' on the dance floor
Acting naughty
Your hands around my waist
Just let the music play
We're hand in hand
Chest to chest
And now we're face to face


I wanna take you away
Let's escape into to music
DJ let it play
I just can't refuse it
Like the way you do this
Keep on rockin' to it
Please don't stop the
Please don't stop the music


I wanna take you away
Lets escape into the music
DJ let it play
I just can't refuse it
Like the way you do this
Keep on rockin' to it
Please don't stop the
Please don't stop the
Please don't stop the music


Ma ma say, ma ma sa
Ma ma coo sa
Ma ma say, ma ma sa
Ma ma coo sa (5x)


Please don't stop the music (2x)


I wanna take you away
Lets escape into the music
DJ let it play
I just can't refuse it
Like the way you do this
Keep on rockin' to it
Please don't stop the
Please don't stop the music


I wanna take you away
Lets escape into the music
DJ let it play
I just can't refuse it
Like the way you do this
Keep on rockin' to it
Please don't stop the
Please don't stop the
Please don't stop the music


Ma ma say, ma ma sa
Ma ma coo sa
Ma ma say, ma ma sa
Ma ma coo sa


Please don't stop the music


Ma ma se, ma ma sa
Ma ma coo sa
Ma ma se, ma ma sa
Ma ma coo sa
Please don't stop the music

Rihanna Unfaithful

0 comments




Unfaithful"
Songwriters: Smith, Shaffer; Eriksen, Mikkel; Hermansen, Tor Erik


Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul
Cause it seems that wrong
Really loves my company

He's more than a man
And this is more than love
The reason that the sky is blue
The clouds are rolling in
Because I'm gone again
And to him I just can't be true

And I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer

I feel it in the air
As I'm doing my hair
Preparing for another date
A kiss upon my cheek
As he reluctantly
Asks if I'm gonna be out late
I say I won't be long
Just hanging with the girls
A lie I didn't have to tell
Because we both know
Where I'm about to go
And we know it very well

Cause I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer

Our love, his trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don't wanna do this
Anymore
Uh
Anymore (anymore)

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
And everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
And I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...
A murderer (a murderer)

No no no no

Yeah yeah yeah


Matahari - Maya

0 comments
ingat tak lagu nih... dgr la.. best tau... hihi



Matahari


Terbit sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran
Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam iman menyambut warisan
Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti


Wednesday, January 5, 2011

nikah khitbah

0 comments
" Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

by Ustaz Hashim Al-Maranji via Tuan Haji Uder"

aku dpt artikel ni dr fb aku  oleh SHAHIRUL NETWORK

Tuesday, January 4, 2011

kecewa berhikmah

0 comments
aku takde idea nak bercerita hari ni.. lgpon.. arini mood aku down sgt.. mybe aku sedih pasal satu peristiwa berkaitan member aku nih yg benti belajar. Belum start pape dia dah nekad nak berenti.. dia dapat dua U.. mase dpt tawaran pegi U yg pertama dia pergi orientasi lepas tu berhenti kata tak mampu pastu perkara same berulang untuk U yg kedua.

ikutkan hati mmg mcm nak marah dia jer.. aku tak sampai hati.. sebab aku tau tu semua hak dia.. lg pon kiter tak tau pe yg dia rase..lame2 aku kesian sgt kat dia.. sebab mungkin dia rase berbelah bagi.. antara nak belajar atau tak nak belajar.. aku tak patut nak adili dia.. sebab dia jer yg rase..

Memang dulu aku nak sgt sambung belajar.. berkobar rasenya bile abis poli aritu.. semua u aku mohon.. tp rezeki tak menyebelahi aku.. aku gagal tempatkan diri aku kat U.. mula-mula mmg sedih.. yela.. mmg cita2 aku nk sambung..sejak tu, aku selalu fikir negatif pasal diri sendiri.. aku rase pointer aku pointer rendah pastu  aku salahkan diri sendiri... aku rase mcm bodoh sgt aku  nih.. huhu

tp sekarang aku cube utk lebih tabah.. aku nekad nak cari keja.. mybe rezeki untuk sambung belajar. aku mulakan tahun 2011 ni dgn hantar resume kat semua tempat.. aku berharap ader yg sangkut....

p/s: tak semua yg kiter rancang akan menjadi.. dan tak semua yg kita angankan akan jd kenyataan.. terimalah hakikat hidup dan tempuhi dgn hati yg ikhlas...


Sunday, January 2, 2011

hanya niat utk mak abah.. segalanya termakbul

5 comments
aku nk story sikit pasal kejadian yg menimpa aku hari ni...

secara ringkasnya.. sempena tahun baru ni.. aku nekad nak cari keje.. lagi pon.. sejak aku tak dpt masuk U ni.. aku dh hantar 6 resume kat mcm2 company... harap-harap sangkut la..

ok la.. berbalik pada cite yg asal, aku pegi gatal isi minyak kereta aku sampai 30 ringgit.. nah ko.. nak full kot..sekali aku balik kampung.. hantar mak aku nak masakkan atuk aku mknan tengah hari.. pastu dalam pukul 12 mcm tu.. kitaorng pon balik.. aku pon niat nk merayap pegi cari kija..

alahai..

Hutan Melintang ni pekan kecik je oii... mane ader keje sgt kat sini.. aku pon teruskan pemanduan dgn menghala ke Teluk Intan.. Tetiba aku bingung... mmg takde keje kat sini.. sudah nya aku patah balik la...aku pon pusing2 hutan melintang tu..

mase tu aku terdetik dalam hati aku.. aku berdoa... Ya Allah.. ko permudahkan urusan aku nak mencari keje.. aku tak nak berjauhan dgn mak... kesian kat mak sape nak hantar dia pegi mane2 nanti.. aku redha sekiranya ko bg aku keje tetap aku terima  walaupon gaji keje tu kecik.

Tiba-tiba aku nampak ader iklan jawatan kosong ... ya allah punyer la excited aku... aku terus masuk mintak borng..pastu kerani tu ckp.. aku la orng pertama yg amik borang..

Tuhan je yg tau perasaan aku sekarang.. Baru aku sedar.. bile niat kita baik.. segala-galanya akan berjalan dgn baik.. lg2 niat kita utk mak ayah kiter..

so.. aku harap story aku ni jd perangsang pada sesiapa yg kat luar sana..



p/s  : sesungguhnya aku sedar bahawa aku manusia biasa yg bergantung pada keredhaanNya dan keredhaanNya datangnya dari keredhaan ibu bapa kita... renung-renungkan la..

tips bangun pagi

4 comments
http://www.cute-smiley.com

aku selalu dgr.. bangun pagi tu murah rezeki.. lagi2 pada yg semayang subuh..yelah.. celik mata kita semayang pastu mintak doa.. kiranya kita submit doa awal la dr orang lain..manatau Allah luluskan kita punyer doa.. sape yg untung??? kiter jugak..haha

biasanya bangun pagi ni.. best kalu kita yg bangun sendiri.. bg aku klu gune jam loceng atau mak yg bangunkan.. rase makin liat nak bangun.. tp kalu pas subuh tu kiter tak layan mata kiter..mesti badan segar punyer dgn rela hati n bukan paksaan .. lg rase best.. kalu korang rase susah sgt bangun pagi  ce try senbelum tido.. tepuk bantal pastu cakap kat bantal tu nak bangun kol bpe.. hihi

Tetiba aku teringin nak share tip yg simple tp orang malas sgt nak buat..

1) mandi dengan air sejuk.



aku tau, ni la amalan ni sukar utk seorang termasuk la aku. Sejuk kot..Tp aku selalu dgr petua nih dari orang-orang yg awet muda dan cergas walaupon usia lebih setengah abad. Ada yg mengatakan mandi air sejuk waktu pagi boleh menyihatkan badan dan mencergaskan otak. Cara mandi yg paling berkesan dengan menyiram dari kaki hingga ke kepala

2) minum segelas air kosong.


Amalan ni la yg selalu kita abaikan. Walaupon nampak simple tp banyak kelebihannya pada tubuh badan kite.
Antara kelebihan minum segelas air waktu pagi ni ialah wajah menjadi awet muda, sakit-sakit ringan seperti sakit kepala dan lesu beransur hilang dan yg penting sekali boleh membantu menguruskan badan.

3) urut wajah

Biasanya wajah kiter berminyak pas bangun tido. So jgn bersihkan dulu. Apa kata korang cube urut muka dgn gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.Tp ingat, jgn sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


ha.. ni la 3 amalan yg paling simple dimple untuk korang wat. Terpulang pada diri masing-masing nak buat or tidak... aku dh tolong menyampaikannya dah..hihi

p/s:  pe susah sgt nak wat rawatan wajah sampai abis beratos2... wat je amalan yg di sunnahkan oleh Nabi Muhammad. Insyaallah muka akan berseri-seri. Amal kan surah-surah yg ader kat Al-Quran tu mcm surah Yusuff.. Lg satu byk petua orng tua-tua kiter.. follow jer ar lg pon lg selamat pastu murah jer..pe lg research la kat internet.. hihi

aku dan fashionita

8 comments
Jenuh aku mengeja fashionita...sampai kene g bloh cik yaya sebab nak pastikan ejaan  fashionita.
http://www.cute-smiley.com

sebenarnya aku ni bukan update sgt bab-bab fesyen nih.. mybe sebab aku jenis yg simple sgt2... byk faktor aku jd mcmni...tak de kawan rapat (bff) perempuan.. anak sulung dr 6 adik beradik yg 4 drpadanya lelaki dan lagi  parah bile aku dpt sambung diploma kejuruteraan mekanikal yg mejoritinya semua lelaki..hadoi.
http://www.cute-smiley.com

Tapi..

sejak aku berbloging nih.. baru aku sedar.. dh macam-macam fesyen tudung.. baju... untuk gadis Islam kat malaysia nih.. aku rase macam aku ni ketingalan gile.. yelah aku ni mmg simple sgt2..
http://www.cute-smiley.com

meh aku senaraikan bju2 yg selalu aku pakai..

t-shirt lengan panjang +  jean + selendang/tudung bawal ( biasanya tudung bawal la)

aku yg simple


baju kurung + selendang/tudung bawal


aku dan baju kurung

tu je la..g mane-mane pon dua jenis fesyen tu jer yg aku bwk ke hulu ke hilir.. pegi date dgn mr kiwi...kuar dgn member2 n g beli barang dapur.. haha apek jual sayur tu sampai kenal aku sebab kau suke pakai tudung kaler same hari-hari.. (kadang-kadang dia bg diskaun bebb.. hihi)

buat pengetahuan korang..aku tak de blouse.. sebb aku takut nak pakai.. yela aku ni agk montel gk.. kang nampak semua.. malu la... huhu lgpon kn aku jenis tak suke pakaian ketat.. aku rase mcm rimas sgt..

kadang-kadang aku jeles campur teringin gk jadi mcm (jap nk copy paste dlu ejaan ni) gadis  fashionita yg top2 kat blog ni.. tp mcm mustahil kan.. sebab yela aku kn chubby.. mereka semua kurus2 n lawa2..sape la aku nak dibandingkan dgn diorang... aku cume anak jawa yg  chubby n berkulit kuning langsat..huhu


pape pon aku gembira dgn cara hidup aku skrg.. nak berubah.. aku tak pasti sebab aku tak confident nak berubah lgpon aku tak tau mcm ne nak ubah..ahh biarkan.. janji aku hepi...





aku adalah diri aku.. diri aku kepunyaan aku.
http://www.cute-smiley.com


pesanan buat si ayah..

0 comments
kisah ini kisah benar yg dialami oleh seorang rakan saya kira-kira setahun yg lalu.. marilah kita baca dan  ambil ia sebagai iktibar...


ader satu kisah yg aku ingin kongsikan di sini... kisah seorang isteri yg menjadi suri di hati seorng suami selama 21 tahun..si isteri ini tidak pernah bekerja...malah dia tidak tahu memandu kereta.. ke mana-mana dia nak pergi.. pasti dia menunggu kepulangan suaminya..

pada suatu hari, sedang mereka sibuk berbual-bual dgn anak-anak di dalam kereta, terpacul suatu ayat yg tak terduga keluar dr bibir si suami dalam nada bergurau "mak kamu tu satu sen pon tak guna... harapkan abah jer..."  si anak tercengang mendengarnya... lalu berpaling pada ibunya... si anak perasan ibunya mengesatkan air mata kesedihan...

suatu hari, si anak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta. Pada hari pendaftaran, si anak memberikan sepucuk surat kepada ayahnya. " ayah, baca la selepas abah dah sampai ke rumah nanti," pesan anaknya pada si ayah.

assalamualaikum abah,


semasa abah baca surat ni, mungkin ana tengah sibuk menyesuaikan hidup dalam suasana baru ni.
Ana teringin nak minta abah sesuatu.

 Abah, ana harap abah sayangi mak seperti mana abah penah menyayangi dia 21 tahun dahulu. insan yg tak guna tu la insan yg telah melahirkan kami.. anak abah sehingga kami jadi seorang manusia. mak tak penah merungut membesarkan kami 6 beradik walaupon kami selalu menyusahkan dia.. 

abah..
semasa abah sibuk bekerja.. mak la menguruskan makan minum kami.. sakit demam kami.. dia la yg ubatkan.. jatuh bangun kami dia la yg perhatikan... 

abah..
semasa abah sebuk dgn kerja.. dia tak penah lupakan untuk mendoakan keselamatan abah.. apabila dia masak.. yg terlintas di hati kecilnya hanya masakan kegemaran abah..dan bila abah balik.. mukanya yg lesu kembali ceria.. dia berusaha untuk bercerita apa saja yg dia tahu untuk menggembirakan hati abah...tp abah hanya anggukan abah sje yg menggembirakan hati dia..

abah..
mak cume seorang wanita suri rumah.. yang sebenarnya dunia dan doa dia hanya untuk anak-anak dan suami dia.. hargaila mak sebagai insan... turuti kemahuannya selagi dia hidup di hadapan kita..





salam dari anak tercinta..
                                                                                                                                                  ana


p/s: tanpa kita sedar..kadang-kadang orang yg di depan mata kita la yg selalu mengambil berat pasal kita. Hargaila dan sayangila mereka selagi mereka ada didunia ni..jgn nanti kita akan menyesal kemudian nanti...


 

cik diba Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea