Wednesday, December 8, 2010

TIP UNTUK KULIT

kulit adalah organ yg terbesar yg ader pada manusia. dan selalunya wanita paling cerewet dalam penjagaan kulit nih terutamanya kulit muka.http://www.cute-smiley.com Pantang ader jerawat skit mula la cari produk-produk sebelum mengetahui jenis-jenis kulit diorang. Aku pon buat la sikit research kat internet mengenai jenis-jenis kulit manusia ni.. harap-harap ia jadi info berguna utk org kat lua sana terutamanya wanita..
http://www.cute-smiley.com

jenis-jenis kulit

  • KULIT NORMAL
    •  kulit jenis normal ialah kulit yg tiada masalah dan biasanya pemilik kulit jenis ini boleh berbangga dgn kulit mereka sebab jarang masalah akan hinggap kat kulit jenis ni. Walau bagaimanapun penjagaan yg rapi diperlukan memastikan kulit tidak menimbulkan masalah. 
    • Kulit normal disyorkan untuk memakai pelembap yang tidak terlalu berat kandungannya.
  • KULIT KOMBINASI
    • biasanya kulit kering di bahagian pipi tapi berminyak di daerah T-zone (dagu, hidung dan dahi).
    • Kulit kombinasi ni disyorkan
      • gunakan sabun dgn keseimbangan pH kerana ia sesuai utuk meningkatkan pH kulit
      • Gunakan krim pelembap di bagian pipi seperti biasa tetapi kurangkan sapuan pada T-zone.
      • Lap dgn menggunakan tisu sebelum memakai make up.
      • Buat rawatan pengelupasan kulit pada kawasan T-zone.
  • KULIT BERMINYAK
    • biasanya kulit jenis ni mempunyai pori yg besar dan kelihatan berkilat walaupun bkn dalam cuaca panas. Tp jgn risau, berita baiknya kulit jenis ni tak senang berkedut.
    • Kulit berminyak ni disyorkan 
      • Elakkan terlalu mencuci muka kerana ia boleh merangsang kelenjar minyak secara berlebihan.
      • Sebaiknya gunakan foundation berbentuk losyen daripada krim lebih ringan pada kulit.
      • Gunakan sunscreen
  • KULIT KERING
    • Kulit yang terlihat tidak mulus dan merah di berbagai tempat adalah kulit kering.
      Biasanya pemilik kulit kering jarang berjerawat karena produksi minyak di kulit sangat sedikit.
    • Kulit kering ni  disyorkan
      • Rajin-rajinkan memaikan pelembap sekurang-kurangnya sekali sehari
      • Gunakan sunscreen ber-SPF tinggi.
      • Jangan pernah memakai bedak tanpa menyapukan  pelembap terlebih dahulu.
      • Hindari membasuh muka dgn sabun di wajah anda.
  • KULIT SENSITIF
    • Kulit jenis ni senang bertindak balas pada elergi pada sabun,bahan kosmetik dan cuaca sekeliling.
    • Kulit jenis ni disyorkan
      • Sebelum menggunakan suatu produk kecantikan, lakukanlah uji alergi terlebih dahulu untuk mengetahui Anda alergi atau tidak terhadap produk tersebut.
      • Jangan pernah men-scrub wajah dengan benda yang kasar
      • Gunakan produk kecantikan tanpa pewangi.
so secara kesimpulannya, sebelum nak guna sesuatu produk, teliti kandungan pada produk tersebut untuk mengetahui kesuaian kulit anda. klu boleh mintak nasihat dr pakar. Elakkan beli produk di tepi-tepi jalan atau kedai yg meragukan dan cek label sama ada produk tu tiruan or asli. 

http://www.cute-smiley.com

2 comments:

 

cik diba Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea